Search

Dari tahun 90-an lagi bergaduh bab teori konspiras...

  • Share this:

Dari tahun 90-an lagi bergaduh bab teori konspirasi..

Masa tu ramai yakin masuk tahun 2000 dikatakan semua alat elektronik akan mati sebab komputer akan pening bila tahun jadi kosong kosong dihujungnya, bila semua alat elektronik tak berfungis, maka negara kuat akan jadi lemah dan perang dunia ketiga guna pedang akan kembali, perghh dahsyat.

Akhir tahun 1999, saya pernah ikut jemaah dakwah, boleh pulak karkun masa tu ada yang yakin dajjal akan keluar tahun 2000, Imam mahdi akan muncul lawan dajjal, dalam ceramah bayan magrib ada yang cerita pasal amirsab dunia dah meninggal, Imam mahdi akan jadi amirsab tabligh, dia akan mufakarah dari jemaah tabligh jika bukan Imam mahdi jadi amirsab!

Pergh dahsyat, hinggal Syura Terengganu datang bagi nasihat, jangan ceramah tentang masa depan yang kita tak tahu, ramalan ni bukan tepat, ceramah hanya apa ada dalam Al quran dan hadis, jangan tokok tambah ceramah dengan teori konspirasi, Nabi pun tak tahu bila kiamat, kenapa kita nak emosi paksa orang percaya ceramah kita tentang ramalan masa depan?

Lalu jemmah insaf, jemaah tabligh di larang bercakap isu semasa atau isu ramalam, hanya boleh berceramah atas langit (cerita dari wahyu) dan bawah bumi (kisah nabi dan sahabat yang dan meninggal) sahaja yang berligar sekitar enam perkara iaitu, Iman, Ibadat, Ilmu, Akhlak, Niat, dan Dakwah.., jangan keluar dari enam perkara.

Akhirnya masuk tahun 2000, dan semua ramalan teori konspirasi adalah palsu, betul kata amirsan tabligh, buang masa cakap teori konspirasi sebab saya pernah ada pengalaman ber muzakarah dengan orang kampung yang tahu semua konspirasi dunia, tapi esok solat subuh berjemaah, tak datangpun solat, bah kan solat berjemaah lima waktu pun fail, nampak sangat ilmu konspirasi tak menguatkan iman langsung.

Masuk tahun 2006, saya mula menulis blog keretamayat, sebagai nota ceramah kepada diri, dan antara saya kongsi adalah teori konspirasi ni jangan layan sebagai ilmu sebab semua orang boleh isi ruang kosong dengan cerita palsu.

Lepas tu heboh teori 2012 dunia nak kiamat pulak, maka oleh sebab 2012 dunia kiamat, maka dah ada orang susun tahun 2010 dajjal keluar, lawan Nabi Isa, dan Imam mahdi semua, adohai..

Tapi 2012 berlallu dan orang kafir siap buat filem sebab konspirasi ni adalah sains fiksyen sahaja..

Kalaulah internet ni takde, teori kospirasi ni akan masuk ruangan karya fiksyen di perpustakaan, dan jika difilemkan akan masuk katogori Parallel Universe,

Tapi masalah bila masuk di internet, masuk Youtube, masuk Facebook, orang jahil akan anggap teori konspirasi adalah betul, sebab takde ruang fiksyen dilebelkan, adohai..

Maka mulalah merepek repek youtubers nak lakukan channel dengan kongsi teori konspirasi paling gempak!

Aduh..

Dunia akan kiamat, hadis akhir zaman itu benar,

Bagi saya, bab hadis akhir zaman, ia pasti akan berlaku, maka cara nak layan hadis ini adalah pastikan kita ada dalam watak baik, contoh akhir zaman nabi cakap agama akan jadi dagang, masjid akan jadi kosong sebab sikit sahaja yang datang, maka pastikan kita datang masjid, pastikan kita jadi yang sedikit, bukan sibuk tahu punca masjid kosong tapi tak datangpun, adohai..

Sebab tu saya setuju dengan kata kata ini:

ORANG YANG CIPTA TEORI KONSPIRASI ADALAH PENIPU DAN ORANG YANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI ADALAH BODOH.

Sebelum sentap, baca tulisan tahun 2010 ini dahulu.. woha!


Tags:

About author
not provided